Mesyuarat bersama Penyelaras Program Keselamatan Pesakit Negeri

7 Februari 2023, Mesyuarat bersama Penyelaras Program Keselamatan Pesakit Negeri telah berlangsung di Auditorium Hospital Cyberjaya. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan pesakit dan langkah-langkah penambahbaikan program. Pelan tindakan bagi tahun 2023 telah dibentangkan oleh Ketua Unit Keselamatan Pesakit, Dr Zaleha Md Nor. Manakala penerangan carta alir pelaporan serta taxonomi terkini Insiden Keselamatan Pesakit telah disampaikan oleh Dr Ahmad Muzammil. Pada sesi petang pula, Timbalan Pengarah CKPP turut melapangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini dan memberikan taklimat berkaitan Inisiatif Peningkatan Kualiti dan Halatuju KKM kepada semua peserta yang hadir. Peranan Penyelaras Negeri amat penting bagi memastikan perjalanan program Keselamatan Pesakit dapat dijalankan dengan jayanya di setiap peringkat.