Skip to main content

Cawangan Pengurusan Risiko Dan Survelan Klinikal

SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA (WORLD OSH DAY) 2026: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN WARGA KKM

Kuching, 5 Ogos 2026 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia (World OSH Day) 2026 bertempat di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Tema tahun ini, “Bagaimana Keadaan Kerja Anda? Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja yang Sihat,” menjadi fokus utama KKM dalam memastikan kesejahteraan emosi dan mental setiap warga kerja dilindungi, selari dengan keselamatan fizikal di tempat kerja. Dalam majlis ini, dua inisiatif strategik telah dilancarkan bagi memperkasakan perlindungan petugas kesihatan: Guideline on Prevention and Management of Tuberculosis for Healthcare Workers in Ministry of Health 2026, dan Modul Latihan Tuberculosis Facility Risk Assessment Tool (TB FRAT). Komitmen KKM adalah jelas: persekitaran kerja yang selamat dan kondusif adalah hak asasi setiap pekerja. Apabila kebajikan warga kerja terjaga, kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat terus dipertingkatkan.”Nyawa Didahului, Kesihatan Diutamakan, Produktiviti Diperkasakan.”