Pada 21 hingga 22 Februari 2023, Dr Noor Amelia Abd Rasid selaku wakil sekretariat Program Antimicrobial Resistance (AMR) telah menghadiri High-Level Conference on Universal Health Coverage in an Era of Antimicrobial Resistance and Pandemics di Tokyo, Jepun.
Konferen ini di anjurkan oleh Asia Europe Foundation, Ministry of Foreign Affairs Japan dan AMR Clinical Reference Center dan
telah dihadiri oleh 60 wakil daripada rantau Asia dan Eropah bagi membincangkan mengenai agenda Antimicrobial Resistance dalam sistem kesihatan dan kesiapsiagaan pandemik ke arah Universal Health Coverage yang lebih mampan.
Hasil daripada mesyuarat ini akan digunakan sebagai cadangan untuk dikemukakan di Mesyuarat G7 yang akan diadakan di Jepun tahun ini dan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.


