SEKTOR KESIHATAN WARGA EMAS - KUMPULAN SASARAN
  • Kementerian Kesihatan Malaysia menyokong pendekatan Penuaan Sihat (Healthy Ageing) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization –WHO) dalam perancangan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif untuk warga emas di semua peringkat; merangkumi perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, sekunder, tertiari dan jagaan dalam komuniti.
  • Konsep “Healthy Ageing” menggariskan kerangka dan pendekatan kesihatan awam dalam penjagaan kesihatan warga emas yang mensasarkan tiga (3) kumpulan warga emas iaitu:
  1. mencapai tahap keupayaan yang optimum untuk hidup dengan sihat, aktif dan berdikari bagi warga emas yang sihat fizikal dan mental
  2. mengekalkan kesihatan yang optimum bagi warga emas yang mengalami masalah kefungsian
  3. mengekalkan maruah dan martabat warga emas yang terlantar atau bergantung sepenuhnya kepada orang lain
Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia