SEKTOR KESIHATAN SEKOLAH - PENGENALAN
- Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum.
- Keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia.
- Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.





