SEKTOR KESIHATAN ORANG KURANG UPAYA - OBJEKTIF
- Perkhidmatan yang disediakan adalah bagi memastikan OKU menerima kebolehcapaian penjagaan kesihatan yang komprehensif agar mereka dapat mengoptimumkan kualti hidup, memaksimumkan keupayaan, dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.
- Ia disediakan melalui:
- Perkhidmatan kesihatan bersepadu seperti promosi kesihatan, aktiviti pencegahan ketidakupayaan, pengesanan awal penyakit dan masalah ketidakupayaan, intervensi dan rawatan awal, rehabilitasi serta rujukan awal.
- Memperkasa OKU serta penjaga/ahli keluarga mereka dalam aspek penjagaan kesihatan kanak-kanak dan dewasa kurang upaya.
- Jalinan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dan NGO bagi memastikan penyediaan penjagaan menyeluruh untuk OKU dan keluarga mereka.





