SEKTOR KESIHATAN SEKOLAH - FUNGSI UTAMA 
  • Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital.
  • Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut:
  1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optimum melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
  2. Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
  3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.
Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia