SEKTOR KESIHATAN ORANG KURANG UPAYA - FUNGSI UTAMA
Fungsi utama Sektor Kesihatan OKU adalah merancang, melaksana, memantau pelaksanaan dan menilai pencapaian serta keberkesanan program kesihatan OKU di kesihatan primer. Perincian fungsi merangkumi:
  • Merancang dan membangunkan dasar serta strategi pelaksanaan Perkhidmatan Kesihatan OKU.
  • Merancang pelaksanaan perkhidmatan program kesihatan OKU pada peringkat jagaan primer termasuk komuniti dan institusi yang meliputi:
  1. Saringan kesihatan
  2. Pengesanan dan intervensi awal
  3. Rujukan
  4. Rehabilitasi
  5. Nasihat dan kaunseling
  6. Promosi dan pendidikan kesihatan
  7. Penglibatan komuniti
  • Memantau pelaksanaan dan pencapaian program melalui:
  1. Pengurusan data
  2. Mesyuarat-mesyuarat teknikal
  3. Menjalankan penyeliaan pelaksanaan program
  • Membentuk garis panduan, modul latihan, prosedur operasi piawai, bahan pendidikan kesihatan dan sebagainya.
  • Memberi input teknikal dan mengenalpasti keutamaan berkaitan penyelidikan serta perancangan bagi memperkukuhkan program dan perkhidmatan kesihatan.
  • Memberi input teknikal mengenai keperluan sumber manusia, kewangan dan peralatan.
  • Merancang pembangunan modal insan dan memberi latihan kepada pemberi perkhidmatan kesihatan.
  • Menyediakan Laporan Kemajuan serta Impak Perkhidmatan Kesihatan OKU.
  • Memberi input teknikal berkaitan penjagaan kesihatan OKU kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan lain-lain.
  • Menyediakan kertas intervensi dan maklumbalas dokumen WHA, WHO, CRPD, CRC dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menyediakan input teknikal berkenaan soalan parlimen serta agensi kerajaan berkaitan.
  • Jalinan kerjasama antara agensi dan badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan serta komuniti, bertujuan untuk memastikan penyediaan penjagaan kesihatan menyeluruh kepada golongan OKU dan keluarga mereka.



Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia