SEKTOR KESIHATAN WARGA EMAS - PENGENALAN
  • Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai salah satu perluasan skop (expanded scope) Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM di bawah Rancangan Malaysia ke-Tujuh (RMK7).
  • Pelaksanaan perkhidmatan kesihatan warga emas adalah berteraskan kepada Dasar Kesihatan Warga Emas Negara yang menggalakkan penuaan sihat dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan serta menyokong setiap persekitaran yang membolehkan hidup berdikari (penuaan setempat).
  • Perkhidmatan ini juga menggalakkan penyertaan aktif warga emas dalam aktiviti promosi kesihatan dan pencegahan penyakit sepanjang hayat.
  • Selain untuk mempertingkatkan taraf kesihatan warga emas, perkhidmatan ini juga menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mesra umur, saksama, mudah diperolehi, setanding dengan budaya, tidak mendiskriminasikan gender, berkesinambungan serta komprehensif.
  • Malaysia mentakrifkan warga emas sebagai individu yang berumur 60 tahun dan ke atas (United Nations World Assembly On Ageing, Vienna 1982).
  • Berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara Tua (Aged Nation) pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia