SEKTOR KESIHATAN WARGA EMAS - FUNGSI UTAMA
Fungsi utama bagi Sektor Kesihatan Warga Emas adalah merancang, memantau pelaksanaan dan menilai pencapaian serta keberkesanan program kesihatan warga emas. Perincian fungsi merangkumi:

  • Merancang dan membangun dasar serta strategi pelaksanaan Program Kesihatan Warga Emas.
  • Merancang pelaksanaan perkhidmatan kesihatan warga emas di peringkat kesihatan primer termasuk komuniti dan institusi yang meliputi:
  1. Saringan kesihatan
  2. Penjagaan kuratif
  3. Nasihat dan kaunseling
  4. Pendidikan kesihatan
  5. Rujukan
  • Merancang pembangunan dan pelaksanaan Penjagaan Jangka Panjang (Long Term Care) dan Program Pencegahan dan Pengurusan Dementia.
  • Memantau pelaksanaan dan pencapaian program melalui:
  1. Pengurusan data
  2. Mesyuarat teknikal
  3. Penyeliaan pelaksanaan program
  • Membentuk garis panduan, prosedur operasi piawai, modul latihan, bahan pendidikan kesihatan dan sebagainya.
  • Merancang pembangunan modal insan dan latihan kepada pemberi perkhidmatan kesihatan.
  • Memberi input kepakaran, mengenalpasti keutamaan penyelidikan dan perancangan bagi memperkukuhkan program dan perkhidmatan kesihatan.
  • Memberi input mengenai keperluan sumber manusia, kewangan dan peralatan.
  • Menyediakan kertas intervensi dan maklumbalas dokumen WHA, WHO, UN, APAC, ICPD dan lain-lain.
  • Menyediakan input soalan parlimen serta maklumbalas kepada agensi kerajaan yang berkaitan.
  • Menyediakan laporan kemajuan serta impak Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas.
  • Merancang pembangunan dan pelaksanaan ICT Program Kesihatan Warga Emas.
  • Kolaborasi strategi dan advokasi dengan pelbagai agensi bagi meningkatkan tahap kesihatan warga emas.

Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia