SEKTOR KESIHATAN BAYI & KANAK-KANAK - FUNGSI UTAMA 
Fungsi utama bagi Sektor Kesihatan Bayi & Kanak-kanak adalah merancang, memantau pelaksanaan dan menilai pencapaian serta keberkesanan program kesihatan perinatal, bayi dan kanak-kanak. Perincian fungsi merangkumi:

  • Merancang dan membangun dasar serta strategi pelaksanaan perkhidmatan penjagaan kesihatan kanak-kanak yang meliputi perkhidmatan kesihatan perinatal, bayi dan kanak-kanak
  • Merancang dan membangunkan dasar dan strategi pelaksanaan dan pemantauan Program Imunisasi Kebangsaan 
  • Surveilan kelahiran mati dan kanak-kanak bawah umur 5 tahun 
  • Menyedia garis panduan, prosedur operasi piawai, modul latihan dan lain-lain 
  • Pelaksanaan dan pemantauan Approach to Unwell Children Under 5 (ATUCU-5) menggantikan Program Integrated Management of Childhood iIlnesses (IMCI) 
  • Penyediaan bahan teknikal dan input bagi promosi kesihatan dan penglibatan komuniti dalam penjagaan kesihatan bayi dan kanak-kanak 
  • Penyelarasan dan pelaksanaan latihan kepada anggota kesihatan di lapangan 
  • Memberi input untuk pembangunan dan perancangan sumber manusia, peralatan dan kewangan 
  • Memberi input teknikal dan mengenalpasti keperluan kepada penyelidikan dan perancangan perluasan program kesihatan kanak-kanak 
  • Memantau dan penyeliaan pelaksanaan dan pencapaian program melalui: 
    a) Pengurusan data 
    b) Mesyuarat-mesyuarat teknikal 
    c) Menjalankan lawatan penyeliaan pelaksanaan program

  • Menyediakan laporan kemajuan serta impak program penjagaan kesihatan kanak-kanak 
  • Kolaborasi strategi dengan pelbagai agensi dalam dan luar KKM serta luar negara seperti KPWKM, EPU, UNICEF, WHO, dan lain-lain bagi meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak
Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia