PENGENALAN 
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) adalah nadi perkhidmatan kesihatan awam pada peringkat primer bagi negara ini. Perkhidmatan yang disampaikan melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam adalah komprehensif untuk semua peringkat umur dari lahir hingga ke akhir hayat. Skop perkhidmatan adalah terdiri dari lima komponen:

KESIHATAN KESEJAHTERAAN

KECEMASAN

INFORMATIK KESIHATAN

RAWATAN PENYAKIT

SOKONGAN KLINIKAL

Kesemua jenis perkhidmatan disampaikan melalui pelbagai fasiliti kesihatan statik yang kini berjumlah lebih dari 3,000 klinik. Disamping itu, perkhidmatan juga disalurkan melalui perkhidmatan bergerak yang kini berjumlah lebih dari 200 unit. Perkhidmatan bergerak yang melangkaui sempadan disampaikan melalui darat, udara dan air sehingga menjelajahi kediaman di ceruk pendalaman. Sehingga kini, jumlah kedatangan pesakit di fasiliti dan perkhidmatan tersebut telah menghampiri 60 juta setahun.

BPKK merupakan salah satu dari empat bahagian di bawah Program Kesihatan Awam. Program Kesihatan Awam pula adalah satu dari tiga program utama di bawah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
 
BPKK bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan strategi bagi pelbagai polisi yang diluluskan serta memantau kemajuan projek dan aktiviti pada peringkat akar umbi.

Bagi menyempurnakan tanggungjawab tersebut, BPKK mempunyai dua cawangan di bawahnya, iaitu:

Cawangan Kesihatan Primer
CawanganKesihatan Keluarga

Bagi memudahkan pemahaman ciri-ciri cawangan ini, ia boleh dibandingkan dengan ‘perkakasan’ bagi Cawangan Kesihatan Jagaan Primer dan ‘perisian’ bagi Cawangan Kesihatan Keluarga.

Cawangan Kesihatan Primer

mempunyai 7 sektor yang bertanggungjawab untuk merancang dan memudahcara pelaksanaan program pada peringkat akar umbi dan usaha-usaha mengintergrasikan perkhidmatan dengan pelbagai agensi:

  • Sektor Sokongan Klinikal dan Teknikal
  • Sektor Pembangunan Infrastruktur Kesihatan Primer
  • Sektor Pembangunan Polisi Kesihatan Primer 
  • Sektor Kualiti dan Inovasi Primer
  • Sektor Perkhidmatan Kecemasan Primer
  • Sektor Penjagaan Perubatan Primer
  • Sektor Tele-Primary Care dan Maklumat Kesihatan Primer 

Cawangan Kesihatan Keluarga

mempunyai 7 sektor yang bertanggungjawab merancang dan melaksana program berasaskan pendekatan "kitaran hidup". Sektor-sektor tersebut adalah:


  • Sektor Kesihatan Ibu
  • Sektor Kesihatan Bayi dan Kanak-Kanak
  • Sektor Kesihatan Remaja
  • Sektor Kesihatan Sekolah
  • Sektor Kesihatan Warga Emas
  • Sektor Kesihatan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Sektor Kesihatan Dewasa
VISI  
  • Ke arah keluarga sihat sejahtera serta menikmati kehidupan yang berkualiti sepanjang hayat.
MISI 

Untuk melahirkan institusi keluarga yang sihat sejahtera, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) akan:

  • Merancang dan menyedia program kesihatan keluarga yang komprehensif dan bersepadu untuk setiap individu, keluarga dan masyarakat.
  • Menggalakkan penglibatan masyarakat dalam penjagaan kesihatan melalui peningkatan kesedaran setiap individu, keluarga dan masyarakat.
  • Memupuk kerjasama dan penyertaan pelbagai sektor, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan keluarga.
Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia