SEKTOR KESIHATAN WARGA EMAS - OBJEKTIF
- Mempromosikan penuaan sihat, aktif dan produktif dengan memperkasakan warga emas, keluarga dan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran dan persekitaran yang sewajarnya; serta penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang optima di semua peringkat dan penglibatan pelbagai sektor.
- Merancang dan menyediakan perkhidmatan kepada semua warga emas yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan rohani untuk mengurangkan ketidakupayaan dan meningkatkan tahap berdikari mereka.
- Meningkatkan taraf kesihatan yang optimum bagi mencapai kehidupan yang berkualiti dalam kalangan warga emas.





