Mesyuarat Pengukuhan Pengurusan dan Pelaksanaan Program  
Kesihatan Remaja Kebangsaan 2024  
Image
Image
Image
Image
  • Sektor Kesihatan Remaja, BPKK telah mengadakan mesyuarat ini di Mardhiyyah Hotel & Suite dari 5-7 Mac 2024. Mesyuarat yang julung-julung kali diadakan ini disertai seramai 30 orang pegawai yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Kesihatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pegawai Kesihatan Keluarga) Jabatan Kesihatan Negeri, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Sektor Kawalan HIV, STI Dan Hep C, Pegawai Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Pakar Perubatan Kesihatan Awam Sektor Kawalan Tembakau Dan FCTC, Pegawai Bahagian Pemakanan, Pegawai HECC, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Sektor Kesihatan OKU dan Pegawai Unit Literasi BPKK. Mesyuarat ini bertujuan mengukuhkan lagi pengurusan dan pelaksanaan program Kesihatan Remaja di negara ini secara komprehensif, berpasukan dan berkolaborasi.
  • Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dalam kesihatan remaja ke arah melahirkan generasi remaja yg sihat dan hebat sepanjang hayat.
Portal Rasmi KKM
Portal Info Sihat
Portal MyHealth
Portal MAMPU
Portal MyGovUC
MSC Malaysia