Text Size: A- A A+

| Languages :  Bahasa Melayu | English  |

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

 

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP

TAHUN 2024

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

 

Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan segera bagi jawatan seperti berikut :

 

JAWATAN

PERSONEL MySTEP 

GRED

PEMBANTU TADBIR / N19

KEKOSONGAN

EMPAT (4)

GAJI

RM1,700.00 SEBULAN

TEMPOH KONTRAK

04 JANUARI 2024 HINGGA 31 DISEMBER 2024

KEMUDAHAN

CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO

 PENEMPATAN

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BLOK E, JALAN CENDERASARI

50590 KUALA LUMPUR

PERMOHONAN

Sila emelkan permohonan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

SYARAT KELAYAKAN:

  1. Berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  3. Mempunyai kemahiran menulis dan berkomunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.
  4. Berkebolehan mengendalikan perisian komputer seperti MS Word, MS Powerpoint dan MS Excel.
  5. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
  6. Keutamaan bermastautin di Kuala Lumpur / Selangor.

 

CARA MEMOHON:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya pada 26 Disember 2024 (Selasa):

  1. Resume terkini berserta gambar berwarna.
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan setaraf dengannya
  3. Salinan kad pengenalan
  4. Sijil Digital Vaksinasi Covid-19

 

Sila emelkan permohonan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 Hanya calon yang layak disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Sesi temu duga akan dijalankan secara fizikal