PENGENALAN EKSA

EKSA
 ialah singkatan dari perkataan asalnya iaitu EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM. Ia telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

 Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:

  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;
  • Amalan Hijau
  • Persekitaran Kondusif; dan
  • Kepelbagaian Agensi.



DASAR EKSA

Amalan EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.


OBJEKTIF

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
  • Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga IPKKM.
  • Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.

LOGO EKSA

BULATAN

Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja. 


AKRONIM EKSA

Simbolik kepada makna Ekosistem Kondusif Sektor Awam secara amnya.


LOGO KKM

Merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.


SISIH SUSUN SAPU SERAGAM SENTIASA AMAL

Indikator kepada amalan 5S secara amnya.


 BIRUMelambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga yakin, segar, bersemanagat dan berkarisma. Ia juga simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuataan semangat itu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA.
 HITAMTulisan slogan berwarna putih dikelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap professional warga KKM.
 PUTIHDua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala, tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.
 MERAHMelambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksanakan dan menjayakan amalan EKSA.

Ruang Kerja Terbaik (Kategori Pegawai) - Puan Sahida Binti Amiruddin (IK)


Ruang Kerja Terbaik (Kategori Pelaksana) - Puan Anis Romiza Binti Sulaiman (PJ)


Aras Terbaik - Aras 2


Go Green - UPK


Inisiatif Kreatif & Inovatif (Individu) - Puan Sahida Binti Amiruddin (IK)


Pemenang Rekabentuk Dan Poster Infografik Terbaik (Individu) Bagi Pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) 2025 - Encik Ahmad Taufiq Bin Moh Nor















PEMENANG REKABENTUK DAN POSTER INFOGRAFIK TERBAIK (INDIVIDU) BAGI PELAKSANAAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) 2025 - ENCIK AHMAD TAUFIQ BIN MOH NOR




Tarikh Kemaskini : 24 November 2025