Perutusan Setiausaha Bahagian

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Salam Malaysia Madani.

           Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Portal ini merupakan satu platform perkongsian maklumat berhubung program pembangunan kompetensi dan potensi warga KKM. 

           Melalui portal ini, program yang telah dan bakal dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kompetensi dapat diketahui dengan mudah oleh orang awam amnya, warga KKM khususnya.  Program berkenaan adalah termasuk Program Pembangunan Bakat/Talent Development Programme, Latihan Berasaskan Kompetensi Generik dan Peperiksaan Subjek Jabatan. Selain itu, pelbagai maklumat yang bermanfaat kepada pihak berkepentingan dapat diakses terus secara pantas. 

           Penjawat awam dikehendaki mempertingkatkan tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap serta nilai melalui proses pembelajaran sepanjang hayat supaya kualiti perkhidmatan kepada rakyat dapat ditambah baik dari semasa ke semasa.

          Pelawat portal ini dialu-alukan untuk memberi pandangan dan cadangan berhubung penambahbaikan perkhidmatan Bahagian Pembangunan Kompetensi seiring dengan usaha dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan oleh KKM.

         Selamat melayari Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia