Naziran MyPortfolio KKM

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 - myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam bertarikh 12 Julai 2018. 

Pekeliling ini diterbitkan bagi menggantikan PKPA Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja yang dikeluarkan pada 1 Julai 1991 serta PKPA Bil. 11 Tahun 1991: Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja.

BPK telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan seluruh warga kerja KKM diberikan taklimat, bengkel dan penerangan mengenai tatacara pelaksanaan penyediaan myPortfolio berdasarkan PKPA Bil. 4 Tahun 2018 dan seterusnya menjalankan audit/ naziran ke atas myPortfolio yang telah disediakan bagi setiap jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan dengan itu, BPK menganjurkan Bengkel Pembangunan Dokumen Standard Operating Procedure (SOP) Audit/Naziran myPortfolio untuk membangunkan dokumen SOP Audit/Naziran myPortfolio yang akan digunapakai oleh pasukan audit/ naziran semasa melaksanakan auditan/naziran myPortfolio kelak.