Mesyuarat Pengurusan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Mesyuarat Pengurusan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Mesyuarat Pengurusan TKSU(P) dan TKSU(K) KKM diadakan sebanyak dua (2) kali setahun merupakan satu (1) platform utama kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian untuk  menyampaikan hala tuju dasar, polisi dan peraturan-peraturan semasa KKM kepada pihak pengurusan di fasiliti kesihatan yang diterajui oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Hospital dan Institusi termasuk Institusi Latihan KKM (ILKKM). 

Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan sebagai salah satu (1) medium dalam memperkemas dan memantapkan pengurusan khasnya dalam aspek pengurusan kewangan dan perolehan di peringkat fasiliti kesihatan melalui perbincangan case study, pertukaran idea dan pandangan bagi isu-isu yang dibangkitkan dalam teguran audit di KKM yang berlaku di peringkat JKN, Hospital dan Institusi dengan keterlibatan Bahagian-Bahagian yang terlibat dari ibu pejabat KKM.  

Penganjuran mesyuarat-mesyuarat pada tahun-tahun sebelum ini telah mendapat maklum balas yang positif dan sokongan yang amat memberangsangkan daripada semua ahli mesyuarat terlibat dan sekaligus mewujudkan ikatan dan networking yang kukuh di antara IPKKM dan fasiliti kesihatan di JKN, Hospital dan Institusi dalam menangani cabaran dan isu di peringkat fasiliti dan Kementerian dengan lebih tuntas.