
Pada 14 hingga 16 Januari 2025, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Bengkel Train The Trainer (TTT) di Colmar Tropicale Berjaya Hills Resort, Bentong, Pahang. Bengkel ini yang dijalankan dengan kerjasama Efficient Frontier Consulting iaitu pengendali latihan yang berdaftar dengan HRDCorp untuk melaksanakan kursus TTT, dihadiri oleh 20 orang pegawai dari Gred 22 hingga 52 daripada pelbagai skim perjawatan di bawah KKM.
Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengajaran para pegawai KKM, memahami teori dan konsep berkaitan pembelajaran dewasa (Adult Learning Principles) serta menyediakan Rancangan Sesi Pengajaran (Competency Based training Program) untuk mereka menyampaikan ceramah kelak.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Sazali Saad, Ketua Unit Kepimpinan dan Pengurusan, Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM.


