KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK KERAJAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 2/2026

 
 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK KERAJAAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 2/2026

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan kursus ini akan dilangsungkan seperti ketetapan berikut:

 
Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan: https://forms.gle/BaphFmKcEF34HNn7A

 

2.     Sehubungan itu, permohonan/pencalonan kini dibuka kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia dari Gred 1 hingga Gred 14 yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan dan  pentadbiran kontrak kerajaan di PTJ masing-masing. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang peserta dari PTJ di bawah JKN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja. Hanya peserta yang terpilih akan dihubungi oleh pihak urus setia.  

3.       YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dipohon untuk melengkapkan pendaftaran melalui pautan yang disediakan atau mengimbas kod QR yang dilampirkan selewat-lewatnya pada 30 September 2026 (Rabu) atau sehingga kuota dipenuhi. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato' Seri / Datuk / Dato' / Datin / Dr. / Tuan / Puan boleh menghubungi Unit Governan & Integriti di talian 019-9904364 atau melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
4.     Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

IFFAH AMILIA BINTI MOHD.NASIR
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 019-9904364