KURSUS BASIC DATA ANALYTICS TOOLS

YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS BASIC DATA ANALYTICS TOOLS
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
- Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Kursus Basic Data Analytics Toolspada 27 - 30 Julai 2026 (Isnin - Khamis) secara dalam talian (pada hari pertama sahaja) dan bersemuka di sekitar Negeri Melaka. Permohonan ini terbuka kepada semua warga KKM gred 5 dan ke atas lantikan tetap/kontrak.
- Sehubungan dengan itu, calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan di pautan https://forms.gle/bgFcaKnebu7MQiAFAatau mengimbas kod QR di dalam poster.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Julai 2026 (Jumaat). Tempat adalah terhad kepada 35 orang sahaja dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pegawai yang dipilih dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi menghadiri kursus ini pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
- Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
|
i) |
Nama No. Telefon E-mel |
: : : |
Cik Nur Saidah binti Bujang 03-2262 8449
|
|
ii) |
Nama No. Telefon E-mel |
: : : |
Puan Zubaidah binti Yusoff 03-2262 8402 |
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus
UNIT DIGITAL DAN TEKNOLOGI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI
