KURSUS COLORED BRAIN COMMUNICATION (CBC) ZON SELATAN GRED 13-15

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.
YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS COLORED BRAIN COMMUNICATION (CBC) ZON SELATAN GRED 13-15
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
- Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Kursus Colored Brain Communication(CBC) Zon Selatan Gred 13 – 15 pada 20 dan 21 Oktober 2026 di sekitar premis Negeri Sembilan/ Johor. Permohonan ini terbuka kepada semua pegawai KKM lantikan tetap/ kontrak gred 13 – 15.
- Sehubungan dengan itu, calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan seperti di pautanhttps://forms.gle/bGpGq9KZXRg11XcR8 atau mengimbas kod QR di dalam poster selewat-lewatnya pada 30 September 2026 (Rabu). Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini dalam anggaran 1 minggu daripada tarikh tutup iklan.
- Sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
|
i) |
Nama E-mel No. telefon |
: : : |
Encik Mohamad Roshidi bin Rosli 019-990 2795
|
|
ii) |
Nama E-mel No telefon |
: : |
Encik Muhamad Aidil bin Zahidin 019-990 2795 |
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
MUHAMAD AIDIL ZAHIDIN
Unit Dasar dan Pembangunan
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 019-990 2795

