PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 2/2026

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk menduduki Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Siri 2/2026 dibuka seperti ketetapan berikut:
  • Tempoh Permohonan: 26 Jun 2026 hingga 10 Ogos 2026
  • Platform Pendaftaran: https://ores.moh.gov.my/ (atau imbas kod QR pada poster)
3. Pegawai yang berminat disarankan untuk merujuk takwim, sukatan, dan panduan peperiksaan yang disediakan di portal tersebut sebelum mengemukakan permohonan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak urus setia melalui:
  • E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Telefon: 03-2262 8403 / 8428 / 8448 / 8479
Sekian, terima kasih.
 
Unit Peperiksaan Jabatan,
Bahagian Pembangunan Kompetensi,
Kementerian Kesihatan Malaysia.