
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS PROFESSIONALISM IN THE WORKPLACE SIRI 1 TAHUN 2026
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Kursus Professionalism In The WorkplaceSiri 1 Tahun 2026 pada 21 hingga 23 Julai 2026 (Selasa - Khamis) di sekitar Lembah Klang. Permohonan ini adalah terbuka kepada semua pegawai KKM Gred 2 - 8.
- Sehubungan itu, pegawai yang berminat boleh mengisi borang permohonan kursus melalui pautan di bawah atau mengimbas kod QR di dalam poster sebelum tarikh tutup permohonan pada22 Jun 2026 (Isnin):
https://forms.gle/DPsERydzFLao7pS6A
- Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahajadan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh urus setia.
- Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, Bahagian ini sedang mengalami gangguan/kerosakan talian telefon. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi urus setia kursus melalui emel berikut:
(i) Cik Nurul Aimi binti Mohamed Ramli -
(ii) Cik Noraiyu binti Hashim -
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus
Unit Profesional & Etika
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia