
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan,
HEBAHAN: JEMPUTAN PERMOHONAN PENYERTAAN KE KURSUS PENGURUSAN PROJEK UNTUK PENGARAH HOSPITAL TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Eksekutif, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Kursus Pengurusan Projek Untuk Pengarah Hospital Tahun 2026 secara bersemuka selama dua hari setengah (2.5) hari) pada 19 - 21 Ogos 2026 (Rabu - Jumaat (setengah hari) bertempat di sekitar Pahang.
3. Sehubungan itu, pengarah-pengarah hospital yang berminat dipelawa untuk mendaftar bagi menghadiri kursus tersebut. Borang Permohonan Kursus boleh diakses melalui kod QR di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di https://forms.gle/ PiCLEQDGQs89dmuh9.
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Ogos 2026 (Rabu). Tempat adalah terhad dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini.
5. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan, penginapan makan tengah hari, minum pagi, dan petang disediakan oleh urus setia kursus. Walau bagaimanapun, urusan berkaitan tuntutan perjalanan pegawai dan kelayakan lain adalah di bawah tanggungan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
6. Pertanyaan lanjut mengenai kursus ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di talian telefon atau aplikasi whatsapp 017-2987567 (Puan Siti Nadiah binti Abdul Gani) atau melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus