KURSUS PENGURUSAN PELANGGAN TAHUN 2026

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS PENGURUSAN PELANGGAN TAHUN 2026

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Kursus Pengurusan PelangganTahun 2026 pada 3 hingga 5 November 2026 (Selasa - Khamis) di sekitar Melaka. Permohonan ini adalah terbuka kepada semua pegawai KKM Gred 2 - 14.
  2. Sehubungan itu, pegawai yang berminat boleh mengisi borang permohonan kursus melalui pautan di bawah atau mengimbas kod QR di dalam poster sebelum tarikh tutup permohonan pada14 Oktober 2026 (Rabu):

 

https://forms.gle/p46hddC7MuwvfUUs7

 

  1. Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahajadan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh urus setia.

 

  1. Untuk makluman  YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, Bahagian ini sedang mengalami gangguan/kerosakan talian telefon. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi urus setia kursus melalui emel berikut:

 

    (i) Cik Nurul Aimi binti Mohamed Ramli  - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

    (ii) Encik Muhammad Amirul Azli bin Azmi   - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Sekian, terima kasih.

 

Urus Setia Kursus 

Unit Profesional & Etika 

Bahagian Pembangunan Kompetensi 

Kementerian Kesihatan Malaysia