
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan,
HEBAHAN: JEMPUTAN PERMOHONAN PENYERTAAN KE KURSUS PEMIKIRAN MASA HADAPAN DAN PERANCANGAN SENARIO SIRI 2/2026 (ZON SELATAN)
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Eksekutif, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Kursus Pemikiran Masa Hadapan dan Perancangan Senario bagi Siri 2/2026 secara hibrid (secara dalam talian satu (1) jam dan secara fizikal/ bersemuka dua (2) hari) pada 14 dan 15 Oktober 2026 (Rabu dan Khamis) bertempat di Sekitar Melaka (Zon Selatan).
3. Sehubungan itu, pegawai-pegawai KKM Gred 9 dan ke atas yang berminat dipelawa untuk mendaftar bagi menghadiri kursus tersebut. Borang Permohonan Kursus boleh diakses melalui kod QR di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di https://forms.gle/5c5b8emgLuN4AbuH8.
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Oktober 2026 (Jumaat). Tempat adalah terhad dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini.
5. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan oleh pihak urus setia kursus. Walau bagaimanapun, kemudahan penginapan dan sebarang urusan berkaitan tuntutan perjalanan pegawai dan kelayakan lain adalah di bawah tanggungan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
6. Pertanyaan lanjut mengenai kursus ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di talian telefon atau aplikasi whatsapp 019-9904297 (Unit Pembangunan Eksekutif - Puan Norhani binti Hussain) atau melalui e-mel
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Siti Nadiah Binti Abdul Gani
Unit Pembangunan Eksekutif
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia