
YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS NETWORKING FUNDAMENTALS IN THE WORKPLACE
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
- Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan KursusNetworking Fundamentals In The Workplace pada 26 - 29 Oktober 2026 (Isnin - Khamis) secara dalam talian (pada hari pertama sahaja) dan bersemuka di sekitar Negeri Melaka. Permohonan ini terbuka kepada semua warga KKM lantikan tetap/kontrak.
- Sehubungan dengan itu, calon yang berminat boleh mengisi borang permohonan di pautan https://forms.gle/FwmEN15sndutsojj8atau mengimbas kod QR di dalam poster.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2026 (Jumaat). Tempat adalah terhad kepada 35 orang sahaja dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pegawai yang dipilih dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi menghadiri kursus ini pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
- Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
|
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus
UNIT DIGITAL DAN TEKNOLOGI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI