KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN (KUMPULAN SOKONGAN): KURSUS THE 360 SUPERVISOR (360)

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN (KUMPULAN SOKONGAN): KURSUS THE 360 SUPERVISOR (360)

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kepimpinan dan Pengurusan, Bahagian Pembangunan Kompetensi akan melaksanakan Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan (Kumpulan Sokongan): The 360 Supervisor (360) seperti ketetapan berikut;

             Tarikh      : 14 - 15 Oktober 2026 (Rabu – Khamis)
             Masa        : 8.00 pagi – 5.00 petang
             Tempat    : Melaka


3.     Sehubungan itu, pegawai-pegawai dari Gred 6 hingga 8 khususnya di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor adalah dijemput hadir ke program ini. Borang Permohonan kursus boleh diakses melalui QR kod di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di (https://forms.gle/MxkMsWWCg9oUPbHZ6).

4.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 September 2026 (Jumaat). Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini.

5.     Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi/Whatsapp talian (019-9900391) atau emel pegawai-pegawai berikut:

             i)  Puan Rohaida Idayu binti Nawi (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

            ii)  Puan Arissa Insyira binti Rahmat (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

            iii)  Puan Noor Baizura binti Baharom (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)


6.     Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

"MALAYSIA MADANI"

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

DatuJamal

DATU JAMAL BIN MUHAMMAD

Unit Kepimpinan dan Pengurusan

Bahagian Pembangunan Kompetensi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel : 03-22628442 / 0176445163

E-mel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.