
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN BERKESAN (KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL): KURSUS EMERGING LEADERS (EL)
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kepimpinan dan Pengurusan, Bahagian Pembangunan Kompetensi akan melaksanakan Kursus Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional): Emerging Leaders (EL) seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 15 - 16 Julai 2026 (Rabu – Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Kota Kinabalu, Sabah
3. Sehubungan itu, pegawai-pegawai dari Gred 12 hingga 15 khususnya di Sabah, W.P. Labuan dan Sarawak adalah dijemput hadir ke program ini. Borang Permohonan kursus boleh diakses melalui QR kod di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di (https://forms.gle/x4LKiLPgPDC6kT198).
4. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Jun 2026 (Jumaat). Tempat adalah terhad untuk 30 orang peserta sahaja. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini.
5. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
i) Puan Rohaida binti Nawi (
ii) Puan Arissa Insyira binti Rahmat (
iii) Puan Noor Baizura binti Baharom (
6. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
--
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
DatuJamal
DATU JAMAL BIN MUHAMMAD
Unit Kepimpinan dan Pengurusan
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-22628442 / 0176445163
E-mel :