KURSUS COMMUNICATION SKILLS SIRI 2/2026

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,

 

HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS COMMUNICATION SKILLS SIRI 2/2026

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

  1.    Sukacitanya  dimaklumkan bahawa  Bahagian Pembangunan  Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Kursus Communication Skills Siri 2/2026 pada 29 September 2026 - 1 Oktober 2026  (Selasa - Khamis) di sekitar Lembah Klang. Permohonan ini adalah terbuka kepada semua pegawai KKM Gred 9 - 14.

 

  1.      Sehubungan itu, pegawai yang berminat boleh mengisi borang permohonan kursus melalui pautan di bawah atau mengimbas kod QR di dalam poster sebelum tarikh tutup permohonan pada1 September 2026 (Selasa) :

 

                    https://forms.gle/pgsDMZZdVhabZHjKA

 

  1.     Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahajadan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh urus setia.

 

  1.     Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi urus setia kursus melalui emel dan ditalian telefon seperti berikut:

 

             (i) Cik Nurul Aimi binti Mohamed Ramli  :   019 - 990 2592

                  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

                  

             (ii) Cik Noraiyu binti Hashim                   :   019 - 990 2592

                   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Urus Setia Kursus 

Unit Profesional dan Etika 

Bahagian Pembangunan Kompetensi 

Kementerian Kesihatan Malaysia