
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN MENGIKUTI KURSUS COMMUNICATION SKILLS SIRI 1 TAHUN 2026
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Kursus Communication SkillsSiri 1 Tahun 2026 pada 18 hingga 20 Ogos 2026 (Selasa - Khamis) di sekitar Johor Bharu. Permohonan ini adalah terbuka kepada semua pegawai KKM Gred 1 - 8.
- Sehubungan itu, pegawai yang berminat boleh mengisi borang permohonan kursus melalui pautan di bawah atau mengimbas kod QR di dalam poster sebelum tarikh tutup permohonan pada27 Julai 2026 (Isnin) :
https://forms.gle/BY8cFPyYypJybhnn8
- Tempat adalah terhad kepada 30 orang sahajadan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh urus setia.
- Untuk makluman YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, Bahagian ini sedang mengalami gangguan/kerosakan talian telefon. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, YBhg. Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi urus setia kursus melalui emel berikut:
(i) Cik Nurul Aimi binti Mohamed Ramli -
(ii) Encik Muhammad Amirul Azli bin Azmi -
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus
Unit Profesional & Etika
Bahagian Pembangunan Kompetensi
Kementerian Kesihatan Malaysia