
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan,
HEBAHAN: JEMPUTAN PERMOHONAN PENYERTAAN KE KURSUS PENGURUSAN PROJEK SIRI 2 (ZON UTARA) TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Eksekutif, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Kursus Pengurusan Projek Siri 2/2026 Zon Utara secarahibrid (secara dalam talian satu (1) jam dan secara fizikal/bersemuka tiga (3) hari) pada 14 - 16 Julai 2026 (Selasa - Khamis) bertempat di Zon Utara.
- Sehubungan itu, pegawai-pegawai KKM Gred 11 dan ke atasyang berminat dipelawa untuk mendaftar bagi menghadiri kursus tersebut. Borang Permohonan Kursus boleh diakses melalui kod QR di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di https://forms.gle/VHu88wycTAXfd9mv6.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Julai 2026 (Jumaat).Tempat adalah terhad dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini.
- Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakanoleh urus setia kursus. Walau bagaimanapun, kemudahan penginapan dan sebarang urusan berkaitan tuntutan perjalanan pegawai dan kelayakan lain adalah di bawah tanggungan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
- Pertanyaan lanjut mengenai kursus ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di talian telefon atau aplikasi whatsapp 017-2987567 (Puan Siti Nadiah binti Abdul Gani) atau melalui e-mel
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Kursus