BENGKEL TRANSFORMASI KEPIMPINAN MODEL 4D DAN PENGARUH IDEAL

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL TRANSFORMASI KEPIMPINAN MODEL 4D DAN PENGARUH IDEAL

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kepimpinan dan Pengurusan, Bahagian Pembangunan Kompetensi akan melaksanakan Bengkel Transformasi Kepimpinan Model 4D dan Pengaruh Ideal seperti ketetapan berikut;

             Tarikh      : 3 November 2026 (Selasa)
             Masa        : 9.00 pagi – 5.00 petang
             Tempat    : Putrajaya


3.     Sehubungan itu, pegawai-pegawai dari Gred 10 hingga 12 adalah dijemput hadir ke program ini. Borang Permohonan kursus boleh diakses melalui QR kod di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di (https://forms.gle/a2gyEkBxkwxTPzWE6).

4.     Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2026 (Rabu). Tempat adalahterhad untuk 30 orang peserta sahaja. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti kursus ini.

5.     Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi/Whatsapp talian (019-9900391) atau emel pegawai-pegawai berikut:

             i)  Puan Rohaida Idayu binti Nawi (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

            ii)  Puan Arissa Insyira binti Rahmat (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

            iii)  Puan Noor Baizura binti Baharom (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)


6.     Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

--

Sekian, terima kasih.

 

"MALAYSIA MADANI"

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menjalankan amanah,