BENGKEL PANDU CITRA UNTUK PEMIMPIN (COACHING FOR LEADERS) SIRI 2 BAGI TAHUN 2026

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan,
 
HEBAHAN: JEMPUTAN PERMOHONAN PENYERTAAN KE BENGKEL PANDU CITRA UNTUK PEMIMPIN (COACHING FOR LEADERS) SIRI 2 BAGI TAHUN 2026
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
 
 
 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Eksekutif, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Bengkel Pandu Citra Untuk Pemimpin (CFL) Siri 2/2026 secara fizikal/bersemuka pada 21 & 22 Julai 2026 (Selasa dan Rabu) bertempat di sekitar Lembah Klang.
 
3.   Sehubungan itu, pegawai-pegawai KKM Gred 9 sehingga JUSA C yang berminat dipelawa untuk mendaftar bagi menghadiri bengkel tersebut. Borang Permohonan Bengkel boleh diakses melalui QR kod di dalam poster atau boleh mendaftar melalui pautan di https://forms.gle/8dkRzdwVe4xMKzuo7.
 
4.   Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Julai 2026 (Isnin). Tempat adalah terhad dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak urus setia dan menerima surat tawaran penyertaan untuk mengikuti bengkel ini.
 
5.   Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’ Seri/Dato’ Indera/Dato’/Datin Paduka/Tuan/Puan, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan oleh urus setia bengkel. Walau bagaimanapun, kemudahan penginapan dan sebarang urusan berkaitan tuntutan perjalanan pegawai dan kelayakan lain adalah di bawah tanggungan Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
 
6.   Pertanyaan lanjut mengenai bengkel ini boleh diajukan kepada pihak urus setia di talian telefon atau aplikasi whatsapp 017-2987567 (Puan Siti Nadiah binti Abdul Gani) atau melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
 
Sekian, terima kasih.

Urus Setia Bengkel