Page 27 - risalah myCPD BSKB
P. 27
KATEGORI CPD B1: PEMBABITAN DALAM PENYEDIAAN JURNAL, LAPORAN
TEKNIKAL, BULETIN, MAJALAH, LAIN-LAIN DOKUMEN TERBITAN
Kriteria dan Penerangan
Pegawai yang terbabit dalam penerbitan sama ada sebagai Penyunting (Editor),
Jawatankuasa Suntingan (Editorial Committee), Juri/ penyemak. Penerbitan yang
dilaksanakan tidak semestinya berkaitan dengan bidang tugas, contohnya Buletin
Hospital, Penerbit Buku dan sebagainya.
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Dokumen yang telah diterbitkan.
KATEGORI CPD B2 : AKTIVITI SOKONGAN LAIN YANG BERKAITAN DENGAN
PEMBANGUNAN PERIBADI DAN PENINGKATAN DIRI
Kriteria dan Penerangan
1. Penglibatan dalam aktiviti bukan tugas utama.
Contoh:
a) PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru)
b) JKKK (Jawatankuasa Ketua Kampung)
c) Aktiviti Keagamaan
d) Ahli sebarang persatuan
e) Ahli Badan- Badan Profesional
2. Menghadiri kursus-kursus seperti kursus kepimpinan**,
pengurusan**,komputer dan perkakasan, keagamaan dan lain-lain.
**bagi pegawai yang bukan dalam kumpulan pengurusan dan profesional
26

