Page 29 - risalah myCPD BSKB
P. 29
KATEGORI CPD B3 : MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN / PERTUBUHAN / NGO
Kriteria dan Penerangan
Menghadiri mesyuarat agung persatuan (AGM) yang diadakan setahun sekali dan
Persatuan / Pertubuhan / NGO hendaklah berdaftar dengan Registrar Of Society
(ROS).
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Bukti kehadiran yang disahkan
AKTIVITI YANG TIDAK LAYAK UNTUK DITUNTUT MATA KREDIT CPD
1. Mesyuarat berkaitan tugas hakiki tidak boleh dituntut.
2. Masa digunakan merancang, menyusun atau membantu apa-apa aktiviti.
3. Tugasan bertulis yang dibawah kategori tugas hakiki.
4. Mesyuarat yang dianjurkan oleh syarikat farmasutikal atau syarikat pengeluar
atau pengimport dan peralatan teknikal (termasuk teknologi bantuan
perubatan) atau wakilnya yang tujuan utamanya memasarkan /
mempromosikan produk.
ISU TUNTUTAN MATA KREDIT
1. Bagi aktivti CME, pegawai harus menulis tajuk penuh supaya tidak kelihatan
seperti double claim.
2. Untuk aktiviti bersiri, perlu ada Bil. ie : Bil 1, Bil 2…etc
3. Bagi aktiviti yang berkaitan dengan penerbitan, hanya hasil akhir sahaja
(bukan deraf) yang boleh dituntut.
28

