Page 31 - risalah myCPD BSKB
P. 31
SOALAN LAZIM
1. S: Kalau saya menjadi ahli dalam JK Teknikal Sebutharga atau JK
Pelupusan Harta yang bukan menjadi tugasan hakiki saya, boleh ke
saya mendapat mata kredit?
J: Ya, boleh di bawah kategori B2. Ini kerana ia bukanlah berkaitan dengan
bidang tugas tetapi dilantik bagi menjalankan tugas-tugas berkenaan
pentadbiran.
2. S: Adakah saya boleh claim mata kredit jika saya menganggotai
beberapa Jawatankuasa dalam inisiatif ISO secara serentak seperti
Akreditasi, ISO 17025/15189 dan persijilan ISO 9001 secara berasingan?
J: Ya, boleh di bawah kategori A11, dengan syarat setiap jawatankuasa itu
adalah berbeza dan anda mempunyai tugasan/ peranan yang berbeza.
3. S: Adakah saya akan mendapat mata kredit jika saya diminta
menjalankan tugas lain walaupun tidak ada jawatan hakiki untuk
menjalankan tugasan itu? Contohnya tugasan sebagai Ketua Unit.
J: Tidak. Ini kerana arahan itu merupakan sebahagian dari kerja hakiki yang
telah ditetapkan oleh ketua anda di bawah sasaran kerja tahunan.
4. S: Anggota saya baharu masuk kerja (lantikan baharu) dalam sebulan
yang lepas, adakah beliau perlu membuat tuntutan mata kredit CPD
memandangkan sudah hujung tahun?
J: Ya, setiap penjawat Sains Kesihatan Bersekutu Kumpulan
Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana mesti mendaftar
dengan segera apabila memasuki perkhidmatan.
5. S: Saya bertugas sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan di hospital,
nama penyelia / supervisor saya tidak terdapat dalam drop list. Apa
yang perlu saya lakukan?
J: Untuk nama penyelia / supervisor wujud di dalam drop list supervisor,
pertama sekali penyelia / supervisor anda hendaklah berdaftar dengan sistem
MyCPD. Kemudian penyelia / supervisor perlu maklumkan kepada Admin
Utama sistem MyCPD hospital untuk menambahkan nama mereka ke dalam
sistem dengan menyertakan sesalinan carta organisasi jabatan bagi
memastikan jaringan kerja adalah tepat.
30

