Page 24 - risalah myCPD BSKB
P. 24
KATEGORI CPD A8 : CME ATAS TALIAN
Kriteria dan Penerangan
1. CME Atas Talian : merujuk kepada satu bentuk pendidikan secara berterusan
dalam bidang perubatan dan kesihatan bagi meningkat dan mengekalkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu. Aktiviti-aktiviti ini boleh
secara langsung, penerbitan atas talian, program atau aktiviti atas talian, audio,
video atau media elektronik yang lain.
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Sijil yang disahkan daripada badan-badan CME yang diiktiraf oleh
BSKB, KKM.
KATEGORI CPD A9: MENGHADIRI KURSUS POST-BASIC ATAU KURSUS
LANJUTAN LAIN YANG BERKAITAN
Kriteria dan Penerangan
Kursus Post-Basic: Merupakan kursus lanjutan bagi professional kesihatan yang
dijalankan oleh pihak yang diiktiraf sama ada di peringkat tempatan atau
antarabangsa. Kursus ini merupakan kursus yang berstruktur dan di akhir kursus ini,
profesional akan dianugerahkan sijil lanjutan.
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Sijil lanjutan setelah tamat kursus
23

