Page 21 - risalah myCPD BSKB
P. 21
vii. Taklimat teknikal berkenaan bidang baharu.
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Surat jemputan atau
2. Hardcopy powerpoint pembentangan atau
3. Minit Mesyuarat
KATEGORI CPD A6 : PENERBITAN ARTIKEL DALAM JURNAL/ BAB DALAM
BUKU/ LAPORAN
Kriteria dan Penerangan
1. Jurnal berindeks/ Peer Journal Review : Jurnal berindeks adalah jurnal
bertaraf antarabangsa dan tersenarai di dalam index Medicus / MedLine/
Pubmed/ EMBASE/ SCOPUS dan lain-lain.
2. Jurnal tidak berindeks: Jurnal perubatan yang tidak tersenarai seperti di
atas.
3. Bab dalam buku: penulisan dalam buku berkaitan dengan bidang tugas.
4. Laporan: Penulisan dalam laporan contohnya Laporan Teknikal. Laporan
Teknikal atau Saintifik adalah dokumen yang menerangkan proses,
perkembangan atau hasil kajian masalah daripada teknikal atau saintifik.
Boleh merangkumi cadangan penambahbaikan dan kesimpulan kajian
tersebut.
5. Lain-lain penulisan: Penulisan artikel dalam majalah, juga penulisan yang
diterbitkan secara on-line (Portal MyHealth).
20

