Page 16 - risalah myCPD BSKB
P. 16
4. Fellowships
i. Perjumpaan ahli akademik atau ahli organisasi professional dalam
perkongsian ilmu bagi meningkatkan amalan dalam perkhidmatan.
5. Lain-lain latihan
i. Latihan Sangkutan (anggota kerja baharu, latihan semula): Tempoh pendek
bekerja di organisasi lain selain Pusat Tanggungjawab sendiri, untuk
mendapat pengalaman berkaitan tugas hakiki.
ii. Latihan dalaman / Latihan ikutan / Work shadowing / tagging: latihan yang
diberikan oleh pegawai yang diiktiraf kemahirannya (kompeten) kepada
pegawai lain di Pusat Tanggungjawab sendiri.
6. Lawatan sambil belajar
i. Lawatan sambil belajar ke negeri lain atau / di luar kawasan Pusat
Tanggungjawab sendiri.
ii. Perlu mempunyai aturcara khusus termasuk menghadiri kelas atau
mendengar taklimat.
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Senarai kedatangan lengkap (tajuk, tarikh, masa dan tandatangan peserta)
dan/atau;
2. Sijil kehadiran dan/atau;
3. Dokumen rasmi yang mengesahkan kehadiran pada tahun semasa, contoh:
slip kedatangan / buku log dan/atau;
4. Surat panggilan yang telah disahkan oleh penyelia bahawa pegawai telah
hadir dan/atau
5. Buku program.
15

