Page 13 - risalah myCPD BSKB
P. 13

KATEGORI CPD A1: MENGHADIRI KONGRES / KONFERENS / KONVENSYEN /

               SIMPOSIUM DALAM BIDANG BERKAITAN / TERAS PEKERJAAN (TEMPATAN /
               ANTARABANGSA)


               Kriteria dan Penerangan



                   1.  Konferens
                         i.   Perjumpaan  rasmi  yang  dihadiri  oleh  peserta  daripada  pelbagai atau

                              satu profesion yang sama untuk berbincang, mencari fakta, menyelesai
                              masalah dan konsultasi.

                        ii.   Kebiasaannya,  konferens  diadakan  dalam  masa  yang  terhad  dan

                              mempunyai objektif yang khusus.


                   2.  Kongres
                         i. Perhimpunan  berkala  perwakilan  yang  melibatkan  ratusan  atau  ribuan

                           individu daripada profesion yang sama.
                        ii. Pembentangan dan perbincangan subjek yang berkaitan sesuatu perkara

                           hanya melibatkan ahli badan penganjur/ pertubuhan.

                        iii. Selalunya mengambil masa beberapa hari dan melibatkan beberapa sesi.


                   3.  Simposium
                       Pertemuan  antara  para  cendekiawan,  pakar  dan  sebagainya  untuk

                      membincangkan sesuatu persoalan, perkara.


                   4.  Konvensyen

                       Persidangan ahli-ahli dalam bidang kesihatan untuk membincangkan sesuatu
                       perkara.



               ** Kongres / Konferens / Konvensyen / Simposium yang hendak diletakkan dalam
               kategori ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut:


                   a)  Melibatkan penceramah dan pembentang yang bertaraf / diiktiraf di peringkat

                       antarabangsa.  Individu  tempatan  atau  luar  negara  yang  pernah  membuat




                                                           12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18