Page 22 - risalah myCPD BSKB
P. 22
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori ini
adalah:
1. Surat Pengesahan jurnal telah diterima atau
2. Salinan jurnal atau
3. Salinan Buku yang telah dicetak atau
4. Salinan Laporan / artikel yang telah diterbitkan
KATEGORI CPD A7 : PEMBELAJARAN KENDIRI / PEMBELAJARAN
BERKUMPULAN / KAJIAN KES / PEMBELAJARAN JARAK JAUH
Kriteria dan Penerangan
1. Pembelajaran Kendiri: Pembelajaran tentang sesuatu secara kendiri melalui
buku-buku, rekod dan lain-lain bahan pembelajaran tanpa pengawasan
secara langsung oleh penyelia atau kehadiran dalam kelas.
Dokumen Pengesahan
Dokumen yang wajib dikemukakan semasa membuat tuntutan bagi kategori
ini adalah:
1. Buku: Dokumen bercetak atau ringkasan laporan yang disahkan oleh
Ketua Jabatan / Ketua Unit / Pegawai yang diberi kuasa.
2. Jurnal: Menyerahkan Penilaian Kritikal (Critical Appraisal) yang
disahkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Unit / Pegawai yang diberi
Kuasa.
2. Pembelajaran Berkumpulan: Satu pembelajaran tidak formal secara
berkumpulan untuk pertukaran dan pengumpulan idea dan maklumat
mengenai subjek tertentu.
21

