Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Cawangan Perancangan & Dasar Pemakanan

Fungsi Cawangan Perancangan & Dasar Pemakanan

SEKTOR DASAR DAN PEMAKANAN GLOBAL

Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia telah dibentuk dan diluluskan oleh kabinet pada 2003 seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM I), 1996-2000. Dasar ini bertujuan memantapkan usaha memerangi masalah kekurangan pemakanan dan penyakit kronik yang berkaitan dengan pemakanan. Ia menggariskan hala tuju untuk pembangunan dan pelaksanaan bagi semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini.

Kenyataan Dasar
Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Dasar ini bertujuan untuk memastikan agar segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat selamat dan berkualiti. Ia menggalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat. Dasar ini juga akan menyepadukan dan menggemblengkan usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penampilan program makanan dan pemakanan yang berkesan dan mampan.

Matlamat Dasar
Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia bertujuan memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara, selaras dengan Wawasan 2020.

Objektif Dasar
1. Meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan semua penduduk melalui pemakanan.
2. Memastikan bekalan makanan yang terjamin untuk semua lapisan masyarakat.
3. Mengukuhkan hubungan antara sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini.

Mekanisma Pelaksanaan
Pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan. Ianya digerak, dipantau dan dinilai oleh Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN) melalui Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM).

Dasar ini sedang dalam proses semakan semula supaya selari dengan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025 serta keperluan semasa, halatuju dan dasar-dasar terkini berkaitan pemakanan yang telah digubal dari dalam dan luar negara.

SEKTOR PENYELARASAN MAKANAN DAN PEMAKANAN KEBANGSAAN

Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) merupakan pelan tindakan jangka masa panjang untuk menangani masalah dan cabaran pemakanan dalam negara. Pelan ini menggunakan pendekatan pelaksanaan secara trans- dan multi-sektoral dan merupakan komitmen kerajaan Malaysia untuk menangani masalah pemakanan rakyat. Pembentukan NPANM pertama pada tahun 1996 adalah susulan daripada Deklarasi Rome dalam Persidangan Pemakanan Antarabangsa (ICN) pada 1992. Pada tahun 2005, Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia telah digubal dan diluluskan oleh Kabinet. Bagi menterjemahkan strategi-strategi Dasar tersebut kepada bentuk tindakan, NPANM Kedua telah dibentuk bagi tempoh 2006 hingga 2015.

Selari dengan perkembangan dan perubahan situasi pemakanan di peringkat antarabangsa, Deklarasi Rome yang kedua telah dibentangkan dalam Persidangan Pemakanan Antarabangsa (The Second International Conference on Nutrition, ICN2) pada tahun 2014. Deklarasi ini menyeru semua negara ’To End All Forms of Malnutrition Problems’ dan Malaysia sekali lagi telah menyatakan komitmen untuk deklarasi ini. Justeru itu, NPANM Ketiga telah dibentuk bagi tempoh 2016 hingga 2025, selari dengan saranan ICN2 serta turut mengambil kira situasi pemakanan dalam negara termasuk komitmen dan saranan dalam beberapa pelan tindakan berkaitan pemakanan di peringkat antarabangsa, serantau dan dalam negara. NPANM III, 2016-2025 bermatlamat ’Mencapai Kesejahteraan Pemakanan yang Optimum dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Tiga objektif utama pelan ini adalah:

1. Meningkatkan status pemakanan rakyat.
2. Mengurangkan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan dalam kalangan rakyat.
3. Mengukuhkan sekuriti makanan dan pemakanan.

Bagi mencapai objektif pelan ini, pelbagai program dan aktiviti telah dikenal pasti di bawah tiga strategi utama iaitu strategi asas, strategi pemboleh dan strategi pemudah. Pelaksanaan aktiviti adalah melibatkan pelbagai sektor kerajaan dan bukan kerajaan. Bagi memastikan komitmen dan sokongan yang berterusan daripada pelbagai pihak, adalah menjadi strategi asas pelan ini untuk memasukkan objektif, pertimbangan dan komponen pemakanan ke dalam dasar pembangunan negara dan pelan-pelan tindakan kementerian dan agensi berkaitan.

Sebanyak 46 indikator status pemakanan dan amalan pemakanan serta 176 indikator proses dipantau dan dinilai secara terus oleh Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan & Pemakanan (NCCFN) bagi tujuan pemantauan dan keberkesanan pelan ini. Menerusi jawatankuasa ini juga, sebanyak 6 kumpulan kerja teknikal (KKT) telah dibentuk iaitu KKT Dasar Pemakanan, KKT Garis Panduan Pemakanan, KKT Penyelidikan Pemakanan, KKT Latihan Pemakanan, KKT Advokasi Pemakanan dan KKT Sekuriti Makanan dan Pemakanan bagi mengerakkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025. Pencapaian pelan ini juga turut dilaporkan kepada Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan. Sebagai makluman, semakan separa penggal NPANM akan dilakukan lima tahun sekali dengan mengambil kira perkembangan dasar-dasar berkaitan pemakanan di pelbagai peringkat situasi pemakanan terkini serta status pelaksanaan terkini pelan ini.
Pengenalan
Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN) merupakan platform perbincangan dan penyelarasan di antara pelbagai kementerian dan agensi berkaitan pemakanan dalam negara. Jawatankuasa ini juga merupakan pemantau kepada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) dan bertindak sebagai penasihat kepada Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK). NCCFN dipengerusikan oleh YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Kesihtan (Kesihatan Awam).

Bidang Tugas
1. Membincangkan isu-isu berkaitan pemakanan yang memerlukan penglibatan dari pelbagai sektor.
2. Memastikan pemantauan dan penilaian berterusan terhadap perlaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia, kumpulan-kumpulan kerja teknikal pemakanan serta badan-badan profesional yang berkaitan.
3. Menyelia semakan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia dan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.
4. Mengenal pasti keperluan untuk penambahan kumpulan kerja teknikal pemakanan (sekiranya ada).
5. Mengenal pasti dasar, program dan aktiviti sedia ada di pelbagai sektor kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh diintegrasikan dengan komponen pemakanan agar pendekatan NBOS boleh dilaksanakan. Ini bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan kewangan dalam perlaksanaan aktiviti berkaitan pemakanan.
6. Mengeluarkan syor-syor berkaitan isu pemakanan untuk pertimbangan Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan.
7. Mendapatkan sumber yang perlu dan sokongan dari pelbagai sektor dalam memastikan perlaksanaan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.

Keahlian
1. Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia
3. Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
4. Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia
5. Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia
6.Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
7. Pengarah Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
8. Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
9. Pengarah Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia
10. Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri
11. Pengarah Bahagian Kesejahteraan Rakyat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
12. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
13. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia
14. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
15. Pengarah Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi
16. Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
17. Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
18. Setiausaha Bahagian Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan (ITTP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
19. Setiausaha Bahagian Bahagian Industri Asas Tani (IAT), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
20. Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran Dalam Negara dan Pemasaran Online, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
21. Pengarah Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
22. Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Kualiti, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Persiaran MARDI – UPM
23. Setiausaha Bahagian Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan
24. Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Kementerian Belia dan Sukan
25. Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
26. Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
27. Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
28. Setiausaha Bahagian Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
29. Pengarah Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan
30. Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (PLANMalaysia)
, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
31. Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Luar Bandar
32. Pengarah Bahagian Pendidikan Awal, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar
33. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia
34. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia
35. Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia
36. Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia
37. Pensyarah Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
38. Ketua Program Pemakanan dan Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
39. Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40. Pensyarah School of Hospitality, Food and Leisure Management, Taylor’s University (Lakeside Campus)
41. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (Nutrition Society of Malaysia,NSM)
42. Presiden Malaysian Dietitians’ Association (MDA)
43. Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM)
44. Presiden, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA)


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Puan Ain Hanani Bt Budiono
03-88924456
ainhanani@moh.gov.my
Terdapat 6 KKT di bawah Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan & Pemakanan (NCCFN) telah ditubuhkan. Ianya berperanan sebagai platform perbincangan dan advokasi di peringkat inter-agensi bagi membantu pelaksanaan program-program pemakanan serta aktiviti yang dirancang di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM). KKT tersebut adalah seperti berikut:

• Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Dasar Pemakanan
• Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Garis Panduan Pemakanan
• Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Penyelidikan Pemakanan
• Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Latihan Pemakanan
• Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Advokasi Pemakanan
• Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Sekuriti Makanan dan Pemakanan


Terma Rujukan

Terma Rujukan KKT Dasar Pemakanan
1. Mengkaji dan menyemak semula dasar-dasar negara agar selari dengan perkembangan dasar-dasar dan isu pemakanan di peringkat kebangsaan, serantau dan/atau global.
2. Mengkaji dasar-dasar di peringkat global dan serantau yang melibatkan kepentingan pemakanan negara dan memastikannya selaras dengan pendirian dan dasar negara.
3. Memberi usul/ input dalam penyediaan/ penggubalan/ semakan dasar-dasar berkaitan pemakanan yang melibatkan kerjasama inter dan intra agensi.
4. Memantau status usul/input berkaitan pemakanan yang telah dikemukakan dalam semakan/ penyediaan/ penggubalan dasar-dasar kementerian atau agensi berkaitan.


Terma Rujukan KKT Garis Panduan Pemakanan
1. Mengkaji dan mengemaskini Panduan Diet Malaysia (2010) dan saranan pengambilan nutrien (RNI) 2017 sedia ada dari masa ke semasa.
2. Menyediakan panduan diet malaysia yang baru mengikut kumpulan umur dan kumpulan khusus yang terpilih.
3. Membincangkan isu-isu teknikal berkaitan dengan panduan pemakanan dan memberi saranan yang bersesuaian


Terma Rujukan KKT Penyelidikan Pemakanan
1. Mengenal pasti prioriti penyelidikan berkaitan dengan isu pemakanan yang dijalankan di peringkat kebangsaan.
2. Mengumpulkan hasil-hasil kajian/ penyelidikan atau laporan berkaitan dengan pemakanan dalam negara.
3. Memberi input teknikal projek-projek penyelidikan berkaitan pemakanan di peringkat kebangsaan, sekiranya perlu.
4. Menyelaraskan perkongsian hasil-hasil kajian/ penyelidikan pemakanan yang dijalankan di peringkat kebangsaan.
5. Mengumpulkan maklumat/ data senarai penyelidik dalam bidang pemakanan.


Terma Rujukan KKT Latihan Pemakanan
1. Mengenal pasti prioriti latihan pemakanan yang diperlukan oleh pelbagai agensi
2. Mengintegrasikan komponen pemakanan ke dalam modul-modul latihan pelbagai agensi yang berkaitan
3. Membentuk modul latihan atas talian untuk pelbagai agensi yang berkaitan
4. Membentuk pangkalan data modul latihan pemakanan.


Terma Rujukan KKT Advokasi Pemakanan
1. Memperkukuhkan aktiviti-aktiviti advokasi pemakanan yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia
2. Mewujudkan dan mengukuhkan perkongsian pintar pelbagai sektor (seperti agensi/industri makanan dan minuman, NGO, badan profesional, kementerian dan ahli akademik, dan peruncit) dan pihak berkepentingan yang lain.
3. Memberi input bagi aktiviti-aktiviti advokasi pemakanan peringkat kebangsaan yang dilaksanakan oleh pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.
4. Menjadi platform perbincangan, perkongsian dan penyebaran maklumat aktiviti advokasi pemakanan.
5. Mempertingkatkan kaedah penyampaian maklumat pemakanan yang efektif.
6. Mengenalpasti dan membangunkan aktiviti/bentuk advokasi yang selari dengan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia.


Terma Rujukan KKT Sekuriti Makanan dan Pemakanan
1. Menjadi platform perbincangan pelbagai kementerian dan agensi yang terlibat dalam sistem makanan ke arah menyokong sekuriti makanan dan pemakanan untuk penduduk
2. Bertindak sebagai pakar rujuk dalam perancangan pengeluaran makanan penduduk selari dengan Saranan Keperluan Nutrien (RNI) dan Panduan Diet Malaysia.
3. Menilai dan memantau indikator-indikator yang berkaitan dengan sekuriti makanan dan pemakanan dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025.
4. Mengenal pasti strategi bagi membantu golongan rentan dalam memenuhi keperluan amalan makan secara sihat
5. Mengintegrasikan pertimbangan komponen pemakanan dalam program/ aktiviti bantuan sosial (social safety net).
6. Menyokong usaha pencegahan pembaziran makanan melalui amalan makan secara sihat.

FOOD & NUTRITION SECURITY

SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESION, STANDARD DAN KUALITI

Perancangan Kepakaran & Profesional PSP

Akta Profesion Kesihatan Bersekutu atau Allied Health Profession Act (Akta 774) diwujudkan bagi mengawal selia perkhidmatan profesion kesihatan bersekutu yang mempunyai kesan langsung atau tidak terhadap penjagaan pesakit, kesihatan individu atau penduduk. Akta 774 ini telah diwartakan pada 18 Februari 2016 dan dijangka dikuatkuasakan pada tahun 2020. Terdapat 23 profesion di bawah akta 774 ini termasuk Nutritionist.

Untuk mendaftar sebagai Nutritionist, berikut adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi:
1. Rakyat Malaysia
2. Memenuhi terma dan syarat serta kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Akta 774.
3. Menamatkan pengajian dalam bidang pemakanan dari universiti yang diiktiraf untuk pendaftaran dan amalan di bawah Akta 774.
4. Graduan dari universiti yang tidak diiktiraf mesti mendapatkan kelulusan dari Majlis AHP.
5. Tidak berdaftar untuk profesion lain di bawah Akta 774.
Bahan Sesi Konsultasi  (Public Enggament) Akta Profesion Kesihatan  Bersekutu (AKTA 774) Bagi Profesion Nutritionist
Slide - Guidelines for Nutritionist Under AHP Act 774
Slide - MAHPC Consultation Nutritionist_BSKB
Video - MAHPC Consultation Nutritionist_BSKB
Video - Guidelines for Nutritionist Under AHP Act 774
Video - Pembukaan Sesi Konsultansi (Public Enggament) Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (Akta 774) Bagi Profesion Nutritionist
Video - Soal Jawab Sesi Konsultansi (Public Enggament) Akta Profesion Kesihatan Bersekutu (Akta 774) Bagi Profesion Nutritionist

Standard & Kualiti

SEKTOR SURVELAN PEMAKANAN

Nutrition Research Priorities in Malaysia
Good nutrition contributes to optimal nutritional well-being of the population. This will directly improve productivity and eventually contributes to the economic development of the country. Hence, improving health and nutritional well-being of the people is one of the strategic thrusts of the 11th Malaysia Plan (11th MP) (2016-2020). In supporting this important strategy of the 11th Malaysia Plan, the National Plan of Action for Nutrition of Malaysia (NPANM) III (2016-2025) was established with appropriate strategies and activities towards attaining optimal nutritional well-being of all. Among the Facilitating Strategies of the NPANM III for supporting the effective implementation and evaluation of nutrition programmers in the country is “Strengthening Food and Nutrition Research and Development”. Towards this end, the Nutrition Research Priorities in Malaysia (NRP) (2016-2020) was developed for the 11th MP with the main objective of prioritising research areas and topics based on national needs as delineated in NPANM III (2016-2025). The NRP (2016-2020) was developed by the NRP Technical Committee comprising experienced researchers representing various government agencies, professional bodies, academia, and non-governmental organisations (NGOs). The members are experts from the fields of nutrition, food science, public health, medicine, health epidemiology and education. The NRP Technical Committee is part of the Technical Working Group on Nutrition Research, which is under the purview of the National Coordinating Committee on Food and Nutrition (NCCFN).

Priority areas and topics for research were determined through a series of workshops and meetings held in 2015-2016. Relevant national and international publications were reviewed to identify gaps of evidence or knowledge especially for the Malaysian context. In this way, a total of seven NRP Areas were identified. Each NRP develops a conceptual framework for its purpose and scope for research that is aligned with one or more of the Enabling Strategies of the NPANM III. Specifically, each NRP Area addresses the indicators and targets of the Enabling Strategies that the NRP Area is aligned with. Through these links, the NRPs are expected to generate data needed to support the realisation of the Enabling Strategies, and in turn, the achievement of the objectives of the NPANM III by 2025.

For more information, contact:
Pengawai Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 1, Blok E3, Kompleks E, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.

No Tel: 03-88924500/4455
Email: survelan.pemakanan@moh.gov.my
Hubungi Kami
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 
Aras 1, Blok E3 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, Putrajaya

Tel. : +603-88924503/4556
Hakcipta Terpelihara © 2023 Bahagian Pemakanan | Kementerian Kesihatan Malaysia
PENAFIAN: Bahagian Pemakanan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada portal. Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 9+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Google Chrome 11+ dengan resolusi 1024x768. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)
chevron-down