Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors
Generic selectors
Exact matches only
Search in title
Search in content
Post Type Selectors

Penerbitan

Artikel | Bahagian Pemakanan

Senarai Artikel

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan makanan paling banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid.

Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010. Antara perubahan besar dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 adalah:

1. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian). Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.
2. Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50-65% berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%. Piramid Makanan Malaysia 2020 ini juga menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.
3. Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada ilustrasi Piramid Makanan Malaysia 2020. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan terutama di musim pandemik Covid-19 ini.


Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi.

Piramid Makanan Malaysia 2020 boleh didapati di pautan dibawah:
Piramid Makanan Malaysia 2020 (English)
Piramid Makanan Malaysia 2020 (Bahasa Melayu)
Hubungi Kami
Bahagian Pemakanan,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 
Aras 1, Blok E3 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, Putrajaya

Tel. : +603-88924503/4556
Hakcipta Terpelihara © 2023 Bahagian Pemakanan | Kementerian Kesihatan Malaysia
PENAFIAN: Bahagian Pemakanan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat daripada portal. Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 9+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 5+ atau Google Chrome 11+ dengan resolusi 1024x768. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)
chevron-down