PDM 2020 adalah saranan pemakanan sihat yang komprehensif.
Terdapat 14 Mesej Utama (Key Message) dalam PDM 2020. Ia merangkumi 52 Saranan Utama (Key Recommendation) dan 249 Cara untuk Mencapai (How to Achieve) Mesej Utama dan Saranan Utama tersebut.
1. Makan pelbagai jenis makanan mengikut saranan sajian
2. Capai dan kekalkan berat badan yang sihat
3. Aktif secara fizikal setiap hari
4. Masak makanan berkhasiat lebih kerap di rumah dan pilih makanan yang sihat apabila makan di luar
5. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari
6. Makan secukupnya nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian
7. Makan ikan, daging, ayam, telur dan legum dalam jumlah yang sederhana
8. Ambil susu dan produk tenusu secukupnya
9. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan hadkan pengambilan lemak tepu
10. Pilih dan sediakan makanan dengan kurang garam, sos dan penambah perasa
11. Hadkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman
12. Minum banyak air setiap hari
13. Ambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih
14. Guna maklumat pemakanan pada label secara berkesan