| NEGERI | DAERAH | KLINIK KESIHATAN | FMS |
| PERLIS | 1 | 5 | 5 |
| JOHOR | 10 | 33 | 36 |
| MELAKA | 3 | 14 | 14 |
| WP LABUAN | 1 | 1 | 2 |
| N SEMBILAN | 8 | 18 | 25 |
| KELANTAN | 10 | 28 | 29 |
| PAHANG | 11 | 25 | 28 |
| KEDAH | 11 | 35 | 37 |
| TERENGGANU | 8 | 26 | 29 |
| SABAH | 14 | 23 | 34 |
| SARAWAK | 10 | 26 | 34 |
| PERAK | 11 | 34 | 46 |
| SELANGOR | 9 | 53 | 103 |
| WPKL & PUTRAJAYA | 5 | 15 | 38 |
| P.PINANG | 5 | 24 | 33 |
| JUMLAH | 117 | 360 | 493 |
Semua KK akan ditempatkan FMS. Ini memberi peluang kepada penduduk khususnya luar bandar menikmati kemudahan perkhidmatan pakar dengan lebih kerap. Dengan penempatan pakar perubatan keluarga, rakyat mudah mencapai perkhidmatan kepakaran (“universal access”), selaras dengan hasrat mengurangkan jurang “inequity” .Adalah menjadi dasar dan matlamat KKM untuk memberikan khidmat pakar hampir dengan komuniti. Ini dapat menjimatkan kos pesakit terutamanya di kawasan pedalaman yang mempunyai kedudukan geografi luas dan sistem perhubungan yang mencabar.
Pakar Perubatan Keluarga (FMS) berperanan mengukuhkan perkhidmatan di klinik kesihatan melalui:
- Pendekatan penjagaan berkonsepkan keluarga (Family- approach )
- Menjadi pakar rujuk klinikal
- Gatekeeper role di peringkat primer
- Perluasan perkhidmatan di klinik (extended dan expanded) – kesihatan remaja, wanita, warga emas, kesihatan mental, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Wellness
- Peningkatan kemudahan infrastruktur di klinik (pengimejan, diagnostik ,ultrasound, peralatan makmal, ubat-ubat pakar di klinik kesihatan (List A KK)
Kemajuan pencapaian perkhidmatan :
- Bidang Area of Interest (AOI) untuk Pakar Perubatan Keluarga diperkenalkan pada tahun 2004. Permulaan, seramai 2 orang FMS, masing-masing ke UK (Kesihatan Mental) dan Australia (Wargaemas). Dalam jangka masa 5 tahun kemudian (2005-2010), seramai 20 orang lagi mengikuti pelbagai bidang Area Of Interest di luar Negara.
- Jawatan naik pangkat pelbagai gred diwujudkan termasuk JUSA Khas ‘C’.
- Melantik Ketua Perkhidmatan Kebangsaan (Profesyen) bagi disiplin Perubatan Keluarga
- Melantik Ketua Pakar Perubatan Keluarga Negeri-Negeri (Jadual 2)
- 6 Key Performance Indicator (KPI) untuk FMS diwujudkan