Perancangan

Semua KK akan ditempatkan FMS.  Ini memberi peluang kepada penduduk khususnya luar bandar menikmati kemudahan perkhidmatan pakar dengan lebih kerap. Dengan penempatan pakar perubatan keluarga, rakyat mudah mencapai perkhidmatan kepakaran (“universal access”), selaras dengan hasrat mengurangkan jurang “inequity” .Adalah menjadi dasar dan matlamat KKM untuk memberikan khidmat pakar hampir dengan komuniti. Ini dapat menjimatkan kos pesakit terutamanya di kawasan pedalaman yang mempunyai kedudukan geografi luas dan sistem perhubungan yang mencabar.