- Sektor Kesihatan Ibu merupakan salah satu unit yang paling awal diwujudkan di bahagian ini.
- Ia bertujuan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai program serta perkhidmatan kesihatan ibu hamil berasaskan prinsip kesihatan awam iaitu promosi dan pencegahan, pengesanan dan rawatan awal, menghadkan ketidakupayaan dan rehabilitasi.
- Program Kesihatan Ibu meliputi semua fasa berkaitan iaitu pra-kehamilan, antenatal, intrapartum dan postnatal dengan memberi penekanan ke atas prinsip safemotherhood, di mana ia juga termasuk perancang keluarga.
Kumpulan sasaran di bawah perkhidmatan Unit Maternal bukan sahaja di kalangan wanita dalam umur reproduktif tetapi juga kepada pasangan wanita tersebut. Kumpulan sasaran yang lebih spesifik di bawah Unit Maternal adalah:-
- Bakal pasangan bercadang untuk berkahwin
- Wanita yang merancang untuk hamil
- Wanita yang sudah berkahwin dan merancang kehamilan
- Wanita dengan penyakit perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung
- Pesakit dengan keguguran / kelahiran sebelumnya / kematian neonatal awal
- Ibu bapa dengan keabnormalan kongenital
- Ibu bapa dengan bayi dengan keabnormalan kongenital
- Ibu bapa dengan keabnormalan kongenital struktur
- Ibu bapa dengan bayi dengan keabnormalan kongenital struktur
- Link ke Facebook BPKK berkaitan dengan kesihatan ibu
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Link ke Laman Web Info Sihat berkaitan dengan kesihatan ibu
-
Memberi tumpuan kepada kehamilan yang dirancang dari peringkat pra kehamilan dengan memberikan kaunseling tentang penjagaan perubatan yang sesuai untuk mengoptimumkan hasil kehamilan. Ianya termasuk pengurusan senarai semak serta penilaian risiko bagi pelbagai keadaan semasa pra kehamilan.
-
Menjalankan penjagaan dan perkhidmatan saringan bagi setiap trimester kandungan semasa tempoh antenatal/ibu mengandung sama ada dalam keadaan kandungan biasa serta pengendalian kes antenatal/ibu mengandung yang berisiko tinggi dan berkomplikasi.
-
Memberi penjagaan optimal kepada ibu semasa proses kelahiran dan mengenal pasti serta memberikan intervensi yang tepat bagi sebarang keadaan yang tidak normal semasa proses kelahiran.
-
Memberi maklumat bagi penjagaan semasa postnatal serta mengenal pasti awal masalah selepas bersalin.
-
Memberi penjagaan dan perawatan kesihatan ibu postnatal di rumah dan di klinik serta mengesan keadaan luarbiasa dan merujuk awal bagi mengelakkan komplikasi
-
Memberi promosi dan pendidikan Kesihatan, bimbingan, kaunseling penjagaan pra kehamilan, antenatal, intrapartum, postnatal serta perancangan keluarga